About Me

My photo
19 years old. Enjoy running, rugby, cycling, travelling, and traditional film photography.

Wednesday 5 June 2013

Hope

Harini ni aku keluar tengok wayang. Dengan Fitri Mokhtar and Hezmee. Movie tu tajuk dia KIL(Kel).

So ni kesan dia.

Aku ni abstrak sejak dari kecil. Walaupun aku ni buas. Bila aku ada masalah aku jarang cerita. Aku lukis. Takpun aku tulis surat. Macam masa darjah 4. Aku tulis surat kat ayah, sebab benda remeh ja. Aku jeles kat abang. Tapi benda kecik. Aku pun kecik lagi masa tu. Sekarang aku dah besaq.

Harini lepas tengok movie ni, aku baru terjaga. Yang aku ada masalah yang sangat lama selasa dalam diri aku. Memang semua orang ada masalah. Tapi masalah aku ni mungkin lain sikit. Sebenarnya, aku ni penakut. Aku takut kehilangan orang tersayang. Sebab dalam dunia ni aku tiada siapa siapa kecuali Ayah, Mak, dan Abang.

Bukan apa, aku cuma takut. Takut takut keadaan aku lepas mereka tiada. Jadi masa kecik kecik aku 'twist' sikit. Aku anggap aku lebih redha mati dahulu dari mereka, so aku tak sengsara. Bila jadi apa apa kat keluarga aku, aku menangis. Tapi lelaki tak menangis macam perempuan. Lelaki banyak cara dia ekspres 'nangis' dia. Sebab tu aku abstrak. Mungkin la kot.

Dalam cita KIL ni, watak utama dia Akil. Akil ni putus harapan selepas mak dia meninggal dunia. Aku memang takut kalaw kalaw apa terjadi kat mak. Mak dan ayah la segala galanya untuk aku. Mak dan ayah selalu jaga kami. Aku dulu kecik suka makan. Sampai sekarang kot. Walaupun dulu awal kerja, gaji mak tak banyak. Mak beli juga makanan yang aku nak setiap kali balik dari tadika. Mak beli jugak susu. Walupun susu mahal bagi kami sekeluarga. Walaupun mainan yang aku mintak tu melampau sangat harganya.

Jadi, aku takut jika suatu hari nanti mak dan ayah sudah pergi. Aku tak tahu macam mana keadaan aku. Aku tak tahu macam mana nah handle atau teruskan hidup. Jadi aku selalu ingat pesan mak, dia cakap, "Pergi mana mana jangan lupa solat dan jangan buat maksiat". Aku biasa cerita ni kat pensyarah aku. Tapi mungkin bagi dia benda ni biasa. Tapi aku akan ingat pesan mak sampai mati. Time mak confirmed kena kanser, aku nangis malam tu. Aku rasa macam nak berenti belajaq ja kerja and jaga mak. Tapi Allah SWT izinkan, dia cuma bagi amaran agaknya supaya aku, ayah, dan abang sedar. Kami harap mak cepat sembuh.

Sapa sapa yang terbaca post ni, kalaw aku mati dahulu sebelum parents aku, tolong bagitaw mereka yang aku sangat sayang mereka. Jika mereka pergi dahulu dari aku, tolong bantu aku bangun balik.

Hidup diteruskan. Bismillah.

3 comments:

Kyril said...

keep strong, bro.

Nur Izzati Ridzuan said...

In shaa Allah, nothing bad's gonna happen. let's keep praying for the best, He knows what's the best. Amin...

p.s. ada prob, cerita la. I don't mind if u wanna share :D

CeNdOL PuLUt TApAi said...

whatever it is, i'm alwaz by ur side dude,. slpas abez solat jgn sesekali lupa doa utk mak n ayh ang,. Allah is da bez listener. I.Allah,Amin.